Thursday, March 8, 2007

NAHAS UDARA



NAHAS UDARA MANDALA AIRLINES







33 korban nahas Mandala Airlines dikebumi beramai-ramai





PARA anggota tentera menyusun keranda mangsa nahas udara Mandala Airlines yang tidak dapat dikenal pasti untuk dikebumikan secara beramai-ramai di Medan, Indonesia, semalam. - Gambar AFP.


MEDAN 7 Sept. - Mayat 33 mangsa nahas pesawat Mandala Airlines yang tidak dapat dikenal pasti dikebumikan secara beramai-ramai, di sini hari ini.
Kesemua mangsa disemadikan dalam sebuah kubur besar yang terletak berhampiran kawasan perkuburan mangsa nahas pesawat Garuda Indonesia yang meragut lebih 200 nyawa pada 1997.
Beratus-ratus orang menghadiri pengebumian beramai-ramai itu termasuk ahli-ahli keluarga mangsa yang menaburkan bunga ke dalam kubur itu sebelum jentolak mengambusnya.
Isteri kepada rakyat Malaysia yang terkorban, Ti Teow Chuan, Molly Ti berkata, beliau percaya mayat suaminya adalah antara mangsa yang dikebumikan itu.
``Saya benar-benar bersedih kerana dia dijadualkan pulang ke Malaysia tidak lama lagi, tetapi saya juga berasa terharu dengan kebaikan penduduk Sumatera dan keprihatinan mereka,'' katanya.
Sebelum itu, jenazah-jenazah itu diletakkan dalam keranda dan dibawa dengan trak tentera ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 100 meter dari landasan Lapangan Terbang Medan.

No comments: